Tips 5
Sambil menyebut perkataan yang baru untuk anak tersebut, tunjukkan gambar/objek yang menggambarkan perkataan tersebut. Eg: 'Air tumpah, meja basah.. basah' (sambil ibubapa menyentuh air yang tumpah di atas meja.. membuat aksi menunjukkan makna basah- boleh gunakan kain/tisu untuk tunjuk basah).
Selain menunjuk objek/gambar, menggayakan aksi bagi perkataan baru juga perlu dan bagus terutamanya untuk kata kerja 'verb' dan kata sifat 'adjective' etc.
Tips 6
Menyebut frasa atau perkataan secara jelas tidak seperti keretapi, terlalu laju dan sukar untuk ditangkap oleh anak-anak. Bukan sahaja anak, bapak anak dan mak anak juga sukar menangkap ayat tersebut, betul tak? ;)
Tips 7
Ulang dan ulang semula perkataan yang dirasakan baru untuk anak anda. Cari peluang yang sesuai untuk mengulangnya.
Katakan, Siti sedang bermain anak patung, anda boleh menjadikan perkataan tidur, bangun, menangis sebagai target. Ketika anda melihat Siti membuat aksi menidurkan anak patung, anda boleh berkata, " Adik tidur, Siti tidurkan adik.. sayang adik, adik nak tidur,..." sambil anda membuat aksi/gaya tidur.

Selamat mencuba!
Lots of luv,
Mama Maryam
















