Tips no 1:
Biarlah si anak yang memilih bentuk permainan yang akan dimainnya. Jangan paksa dia pilih permainan yang kita suka. Contohnya, Abdul hendak bermain set potong-potong kepunyaan kakaknya, biarkan dia main. Tidak perlu dilarang.
Tips no 2:
Biar anak bermain ikut cara dan gayanya sendiri. Abdul hendak potong menggunakan sudu.., biarkan sahaja. Adalah sesuatu yang membunuh kreativiti anak-anak bila kita larang sesuatu cara yang ingin dia lakukan dalam permainan. Ya, cuma pastikan dia bermain dalam keadaan selamat serta tidak mencederakan sesiapa.
Tips no 3:
Duduk berhampiran anak anda. Paling bagus, muka bertentang muka (face-to-face). Jika jarak muka kita terlampau tinggi dan jauh dari muka anak, mesej yang akan kita sampaikan akan kurang berkesan. Muka bertentang muka pada jarak yang tepat akan memudahkan mesej rangsangan bahasa dan pertuturan sampai dengan jelas kepada anak.
Contoh face-to-face yang baik
Tips no 4:
Terangkan (describe) aktiviti anak anda yang sedang bermain menggunakan panjang ayat yang bersesuaian berdasarkan ayat/frasa yang dia sedang gunakan secara spontan.
Eg: Nurul (menggunakan 2patah perkataan dalam perbualan harian) sedang menuang air dari teko ke cawan, kita describe dengan "Tuang air dalam cawan". Tidak terlampau panjang dan tidak terlampau pendek :
Tips no 5:
bersambung... :)
Lots of luv,
Mama Maryam

No comments:
Post a Comment