Sunday, 28 September 2014

Naailah Menangis?

Alhamdulillah, Naailah dah berumur lebih dari dua minggu. Maafkan mama lambat update post berkenaan bahasa komunikasi bayi.

Selepas bersalinkan Naailah, mama dapat backpain.. itu yang mama cuti menulis 2-3 hari. Maaf ye :(

Ok, kita sambung cerita Naailah berkomunikasi. Dalam fasa bulan pertama lahir menjenguk dunia ini, bayi memang menghabiskan kebanyakan masanya dengan TIDUR. kecuali bayi yang asyik menangis (orang tua sebut sawan tangis)..

so, baby girl mama ini pun termasuk dalam kategori tidur kebanyakan masa. Selepas 2-3 jam tidur baru dia akan bereaksi dengan menggeliat(dengan bunyinya sekali) atau menangis sambil mulut mencari-cari sumber susu.. Jaddati sebut "like baby bird in the nest" hahaha..

Jika dibiarkan lama, Naailah akan mula menangis..

Bagaimana pula mama tahu dia sakit perut?
Baby tidak menggunakan aksi mulut mencari susu tetapi muka seperti tidak selesa. Dia akan membuat bunyi sedikit lain dari bunyi lapar. Bila kita urut perut atau kaki @ kita tuam dia dan kemudian keluar angin, barulah dia akan senyap..:) dan barulah dia tidur :)

Bayi anda pula bagaimana?

Lots of luv,
Mama Maryam

No comments:

Post a Comment