"Saya tidak risau anak saya umur 5 tahun dan cikgu tidak faham apa yang anak saya tuturkan"
Dua ayat di atas adalah ayat yang biasa mama dan kawan mama Speech-Language Therapist (SLT) yang lain dengar. Untuk pengetahuan semua, jawapan untuk kedua-dua ayat di atas adalah, "Puan/Encik perlu ambil tindakan, anak encik menunjukkan ciri perkembangan bahasa dan pertuturan yang lambat".
Sebenarnya, tindakan segera pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak adalah penting untuk masa depan kanak-kanak yang lebih baik dan cerah. Kemahiran bertutur dan berbahasa merupakan kemahiran asas untuk seseorang kanak-kanak menguasai 3M pada peringkat persekolahan yang lebih tinggi.
- Membaca
- Menulis
- Mengira
Carta di bawah menunjukkan perkembangan bahasa kanak-kanak dari 0 tahun hingga 2 tahun
Jika anak anda masih belum bertutur dengan ciri di atas pada usia yang sepatutnya, bawalah berjumpa SLT yang bertauliah. Bertindak awal! Anda tidak rugi.
Lots of luv,
Mama Maryam

Assalam Puan.. sy ada anak kembar lelaki skrg berumur 2thn 5bln.. si adik sgt petah bercakap.. apa saja yang dituturkannya sgt jelas.. tapi yang merisaukan sy si abg.. sy selalu tak faham apa yang abg minta kecuali susu, mama, babah.. klau panggil kakak jadi dada.. adik minta air sedap.. abg minta air bab..
ReplyDeleteApa yang harus sy buat ye.. apa akan berlaku sekiranya sy x bawa si abg berjumpa SLT..
Terima kasih.
Assalam puan Yus Atie Aizam, pada peringkat umur anak-anak setahun hingga empat tahun, bunyi pertuturan mereka akan mengalami perkembangan. Ada sesetengah kanak-kanak, pertuturan mereka lebih jelas berbanding rakan sebaya mereka. Selagi mana perkembangan pertuturan anak puan masih dalam perkembangan normal, puan tidak perlu risau :).
ReplyDeleteDalam sedikit masa lagi, saya akan kongsikan perkembangan bahasa kana-kanak lebih dari 2 tahun serta perkembangan bunyi pertuturan kanak-kanak setahun ke atas, insyaAllah
Puan Yus Atie Aizam, yang penting si abang menunjukkan perkembangan bahasa yang baik berpandukan carta di atas. Jika puan rasa si abang perlukan bantuan untuk mencapai ciri-ciri di atas, elok puan segera dapatkan nasihat SLT yang berdekatan untuk mengetahui teknik-teknik yang boleh membantu perkembangan bahasa yang lebih baik :)
ReplyDelete