Friday, 3 October 2014

Ajar Anak Bercakap: Menyanyi (1)

Mama masih ingat ketika mama mula bekerja lebih kurang lapan tahun yang lepas, kebanyakan pesakit mama terdiri dari kanak-kanak yang berusia tiga hingga enam tahun. Tetapi sejak dua-tiga tahun kebelakangan ini, tidak sedikit pesakit mama terdiri dari kanak-kanak comel berusia satu hingga dua tahun.

Bagusnya! Ibubapa dan para doktor sudah semakin sedar dan aware mengenai perkembangan komunikasi anak-anak. 

Bila ibubapa bawa anak mereka yang comel ini, kerap juga mama diasak dengan pertanyaan, "teruk sangat ke anak saya ni?" @ "nanti dia baik sendirilah kan puan?"

Mama pun akan menerangkan, " Biar cepat kita bawa, jika lambat menyesal nanti. Bila tuan/puan bawa awal, kita ada masa yang banyak untuk membantu tuan/puan mengajar anak bercakap"

Selalunya, tips mudah mama adalah 
Cari satu lagu kanak-kanak yang ringkas untuk tuan/puan menyanyi bersama anak. 
Nyanyi dengan kedudukan muka kita mengadap muka anak. 
Sambil menyanyi buatlah aksi yang bersesuaian. 
Nyanyikan setiap hari paling kurang satu kali. 
Bila anak selalu dengar berulang-kali dia akan mula menghafal. 
Ada anak mungkin kita nyanyi 5 kali dah boleh hafal, ada anak kita kena ulang 20 kali, ada yang 50 kali dan mungkin ada yang lebih.

Selepas itu?.. Haa.. Nantikan pada episod akan datang.. Mama kena cepat ni..

Lots of luv,
Mama Maryam

No comments:

Post a Comment