Friday, 28 November 2014

SPEECH TIPS 7

Pagi ini mama ingin kongsikan pula Speech Tips 7. Moga bermanfaat untuk kita semua :)



Lots of luv,
Mama Maryam

Wednesday, 26 November 2014

Perkembangan Bahasa dan Pertuturan: Apa Bayi Usia 0 hingga 3 Bulan Boleh Buat?

Alhamdulillah, sikecil sudah menghampiri 3 bulan. InsyaAllah mama masih dalam perjalanan menimba ilmu, membetulkan diri dan ingin berusaha mendidik anak sehabis baik.

Perkembangan bahasa dan bercakap/bertutur bayi bermula seawal usia 0 hingga 3 bulan tau :). Macam comel je kan bayi pada usia ini. Pada usia ini anak-anak mula boleh buat seperti di bawah:


  1. Memberi respon kepada bunyi yang kuat. Sila ambil perhatian yang serius ye jika bayi anda tidak memberi respon kepada bunyi dentuman yang kuat.
  2. Menjadi tenang atau tersenyum apabila kita bercakap dengan dia.
  3. Boleh membuat bunyi cooing bunyi yang mengembirakan bila ia dalam keadaan yang tenang dan gembira.
  4. Tersenyum apabila dia melihat anda
  5. Mempunyai cara yang sedikit berlainan untuk kehendak yang berlainan. Jika lapar gaya/bunyinya lain, jika mengantuk pula bunyi/gayanya lain. Tidak percaya? Cuba perhatikan betul-betul..:)

Lots of luv,
Mama Maryam


Ajar Anak Bercakap: Bermain (1)

InsyaAllah posting kali ini mama akan berkongsi bagaimana ingin menjadikan bermain itu menyeronokkan serta pada masa yang sama merangsang perkembangan bahasa anak-anak. 






Tips no 1:
Biarlah si anak yang memilih bentuk permainan yang akan dimainnya. Jangan paksa dia pilih permainan yang kita suka. Contohnya, Abdul hendak bermain set potong-potong kepunyaan kakaknya, biarkan dia main. Tidak perlu dilarang.

Tips no 2:
Biar anak bermain ikut cara dan gayanya sendiri. Abdul hendak potong menggunakan sudu.., biarkan sahaja. Adalah sesuatu yang membunuh kreativiti anak-anak bila kita larang sesuatu cara yang ingin dia lakukan dalam permainan. Ya, cuma pastikan dia bermain dalam keadaan selamat serta tidak mencederakan sesiapa.

Tips no 3:
Duduk berhampiran anak anda. Paling bagus, muka bertentang muka (face-to-face). Jika jarak muka kita terlampau tinggi dan jauh dari muka anak, mesej yang akan kita sampaikan akan kurang berkesan. Muka bertentang muka pada jarak yang tepat akan memudahkan mesej rangsangan bahasa dan pertuturan sampai dengan jelas kepada anak.

Contoh face-to-face yang baik




Tips no 4:
Terangkan  (describe) aktiviti anak anda yang sedang bermain menggunakan panjang ayat yang bersesuaian berdasarkan ayat/frasa yang dia sedang gunakan secara spontan. 

Eg: Nurul (menggunakan 2patah perkataan dalam perbualan harian) sedang menuang air dari teko ke cawan, kita describe dengan "Tuang air dalam cawan". Tidak terlampau panjang dan tidak terlampau pendek :

Tips no 5:
bersambung... :)

Lots of luv,
Mama Maryam

Wednesday, 19 November 2014

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Bahasa

Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan untuk berkongsi mengenai Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Bahasa. Apa yang akan mama kongsikan adalah berkaitan dengan perkembangan bahasa kanak-kanak ye.. :) Berikut merupakan antara faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa di kalangan kanak-kanak

  1. Keadaan anak berasa kurang penting untuk berkomunikasi. Kanak-kanak yang semua kehendaknya telah dipenuhi sebelum dia meminta tidak rasa dia perlu 'meminta' atau memberitahu orang apa yang diperlukannya. Oleh itu, ibubapa atau orang dewasa digalakkan untuk mereka/menunggu atau mencipta keadaan di mana anak perlu meminta baru dia akan dapat. Bukan mendera ye.. Ada tekniknya agar anak tidak tertekan..
  2. Masalah perubatan. Anak-anak yang dilahirkan pra-matang atau menghabiskan masa yang lama di hospital pada masa kecil mempunyai risiko perkembangan bahasa yang lambat. Selain itu, masalah perubatan yang lainnya juga seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome juga merupakan antara faktor anak-anak mempunyai perkembangan bahasa yang lambat.
  3. Kurang pendengaran. Ini berlaku samada kurang pendengaran total atau sebahagian. Pendengaran yang baik akan membantu penerimaan rangsangan bahasa yang baik sekaligus mempengaruhi perkembangan bahasa yang baik. Sekiranya anak anda mempunyai telinga berair atau bernanah, segeralah bawa berjumpa doktor pakar telinga. Anda perlu berhati-hati juga kerana terdapat beberapa ubat telinga yang boleh menyebabkan hilang pendengaran.
  4. Kekurangan rangsangan bahasa. Sebahagian anak-anak mampu untuk berbahasa dengan baik tanpa rangsangan secara spesifik tetapi ada kanak-kanak yang perlu rangsangan secara spesifik. Lain anak, lain caranya, lain ragamnya. Tak gitu? :)
  5. Perkembangan keseluruhan yang lewat (Delayed General Development/Global Developmental Delay). Berikan perhatian yang lebih serius sekiranya anak anda mempunyai perkembangan motor kasar dan motor halus yang lambat.
  6. Faktor emosi. Anak-anak yang dikelilingi suasana/persekitaran penuh dengan pelbagai emosi, terutamanya emosi yang negatif akan mempunyai risiko terhadap perkembangan bahasa. Seorang kanak-kanak yang diselamatkan dari penderaan mungkin dilihat tidak pandai bercakap di hospital. Ini berlaku disebabkan kesan penderaan tersebut.
  7. Sukar memberi tumpuan (Short Attention Span). Kesukaran memberi tumpuan ini memerlukan rawatan yang holistik. Dapatkan bantuan dari profesional yang lain juga seperti, Pakar Perkembangan Kanak-kanak (Developmental Paediatrician), Terapis Cara-kerja (Occupational Therapist) dan lain-lain.
  8. Sejarah ahli keluarga yang mempunyai kesukaran berbahasa atau perkembangan bahasa yang lambat.
  9. Lain-lain faktor.
Bagi ibu-bapa yang merasakan anak anda mempunyai faktor risiko seperti di atas, berilah tumpuan yang lebih serius kepada perkembangan anak anda. Anak kita, tanggungjawab kita.:)

Lots of luv,
Mama Maryam

Monday, 17 November 2014

SPEECH TIPS 6

Assalamualaikum,

Hari ini mama ingin kongsikan Speech Tips 6 pula ya.



Jika anak-anak masih menggunakan sepatah-sepatah bila bercakap, mama cadangkan bawalah berjumpa Terapis Pertuturan Bahasa untuk membantu anda merangsang bahasa-pertuturan si kecil.. Tiada salahnya pergi berjumpa awal, yang tidak bijak adalah bila anda hanya membawa si kecil bila hampir memasuki tahun satu. Itu lambat! 

Bertindaklah demi yang tersayang ye.. :)

Lots of luv,

Mama Maryam

Thursday, 13 November 2014

Mealshakes (1)

Mama mula membeli Mealshakes Shaklee ini sejak Solah umur 4 tahun lebih. Hati terdetik untuk mengambil supplement tambahan kerana badan Solah yang kurus kerempeng dan jenis yang picky eater.. memilih makanan.



Survey dilakukan dan akhirnya mama membuat keputusan memilih Mealshakes Shaklee (MS) kerana:
1. MS menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan.
2. MS kaya dengan protein. Protein penting untuk pembinaan sel-sel kulit, kuku dan rambut.
3. MS mengandungi kalsium dan magnesium.
4. Mengandungi vitamin A,C, E, zink dan selenium  yang merupakan agen anti-oksida yang           bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

dan banyak lagi...

Mama membekalkan makanan tambahan disamping bekerja keras menanamkan tabiat makan yang baik utk Solah. Alhamdulillah pada usia darjah 1 sekarang, Solah boleh makan ayam kampung dengan pelbagai jenis masakan, daging kambing dan lembu, serta pelbagai jenis ikan dan makanan laut lainnya. Solah masih perlu galakkan untuk makan sayur-sayuran serta buah-buahan. :) 

Makanan tambahan adalah untuk membekalkan zat yang Solah kurang disebabkan tabiat pemakanan yang belum betul-betul cemerlang agar badan dia sihat dan dapat berkembang dengan baik.

Ingin cuba Mealshakes? Dapatkan dari mama bersama konsultasinya ya!

Lots of luv,
Mama Maryam

sid 973001
pm/wassap: 019-2631643

Nasi Tomato Mealshakes

Hari ini mama ingin kongsikan resepi Nasi Tomato Mealshakes. Bukan selalu buat pun (erk, tak pernah buat pun sebelum ni). Ini adalah pertama kali mama buat nasi tomato dan alhamdulillah Solah si abang bertambah-tambah 3 kali. Hahahaha...

Ini bahan-bahan yang mama gunakan:
-beras nasi arab (beras mcm basmathi tu), 2pot
- bawang besar, bawang putih, halia, serai *dikisar
- kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih (mama tak jumpa, so mama tak                                                                                                               guna)
- satu sudu besar mealshakes
- air masak secukupnya
- 2-3 sudu tomato puree
- sedikit minyak

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan kisar bersama kayu manis, buah 
    pelaga, bunga lawang, bunga cengkih sehingga naik bau.
2. Masukkan tomato puree kacau sehingga pecah minyak
3. Masukkan air masak dan mealshakes tadi
4. Tunggu sehingga mendidih dan masukkan beras.
5. Letakkan rice cooker di tempatnya dan on-kan.

Siap sudah..mama memang sengaja tidak letak garam sebab mama letak garam dalam Ayam Masak Merah.

Cubalah! :)

Lots of luv,
Mama Maryam 

SID 973001
pm/WA 019-2631643

Siapakah Speech-Language Therapist/Terapis Pertuturan-Bahasa?

Di sini mama ingin kongsikan siapakah Speech-Language Therapist/Terapis Pertuturan-Bahasa (SLT).

SLT adalah individu yang mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang sains pertuturan (hanya dua universiti tempatan yang telah menghasilkan graduan iaitu UKM dan USM). Mereka telah belajar dan dilatih dari aspek anatomi, fisiologi, perkembangan dan kecelaruan bahasa dan komunikasi. Mereka juga telah menjalani latihan klinikal paling kurang 5 semester di bawah seliaan penyelia bertauliah bagi memastikan kualiti perkhidmatan mereka adalah terjamin.

Pastikan anda mendapat perkhidmatan SLT yang bertauliah ye.. Terdapat kes di mana dia mengaku SLT tetapi hanya menerima latihan bengkel-bengkel dan tidak mempunyai ijazah yang diiktiraf.

Ini link tempat mama belajar dulu!:) http://www.fsk.ukm.my/page_id=1759 dan ini:  http://www.fsk.ukm.my/?page_id=2661 

Lots of luv,
Mama Maryam

Ajar Anak Bercakap: Menyanyi (3)

Hari itu mama ada sebut mama ingin kongsikan cara-cara merangsang perkembangan bahasa melalui menyanyi. Okaylah, hari ini mama kongsikan Ajar Anak Bercakap: Menyanyi (3).

Mama suka lagu Mana Kucing. Ini liriknya:

      Mana kucing, mana kucing
      Di dapur, di dapur.
      Kucing makan ikan, kucing makan ikan
      Meow-meow-meow, meow-meow-meow

Kenapa mama suka lagu ini?
- Ayat mudah
- Ayat berulang
- Boleh digayakan dengan mudah
- Kucing senang dijumpai 

Macam mana ibubapa nak nyanyi? Mama akan kongsikan apa yang mama selalu buat :)

Nyanyikan lagu di atas secara perlahan sehingga habis setiap hari bersama gaya. Apabila anda sudah nampak anak anda mula menghafal lagu tersebut, ini cara menyanyinya:

Posisikan muka mama mengadap muka anak (face to face)
Mama: Mana kucing, mana kucing..
             Di dapur, di ........... (mama tinggalkan ruang kosong dan menunggu antara 5 hingga 10                                                 saat untuk respon dari anak. Samada anak menyebut dapur                                                             secara pelat/tepat (dalam tempoh sebelum 10 saat) atau tidak                                                         mengeluarkan apa-apa bunyi (selepas 10 saat), Mama akan                                                          menyebut perkataan dapur
             Kucing makan ikan, kucing makan ikan,
             Meow-meow-meow, meow-meow-............. (ulang cara yang di atas, seperti dapur)

Dapat ke? Susahkan nak bayangkan. Nampaknya mama perlu buat kelas khas untuk ini.. hihihi..

Jangan lupa menyanyi dengan gembira ye.. Anak-anak akan merasa aura kita tau. Aura kita yang gembira akan menjangkiti anak kita, dia akan merasa gembira! Anak gembira, ibubapa gembira!


Lots of luv.
Mama Maryam
             

Saturday, 1 November 2014

OMEGAGUARD

Hari ini 1 November 2014, bermula promosi beli 6 percuma 1 Omegaguard Shaklee. Hari ini mama kongsikan kenapa mama pilih OMEGAGUARD Shaklee :)


Apa benda Omegaguard Shaklee ni?
Adalah makanan tambahan (supplement) minyak ikan.

Apa khasiat minyak ikan? Apa kepentingan pengambilan minyak ikan?
Minyak ikan mempunyai beberapa khasiat yang penting untuk tubuh manusia. Khasiat minyak ikan termasuklah mempunyai asid lemak khususnya omega 3. Asid lemak ini boleh didapati dari sumber makanan iaitu ikan. Untuk pengetahuan semua, omega-3 mengandungi komponen EPA dan DHA yang mempunyai khasiat tinggi bagi perkembangan dan kesihatan otak.

Selain kesihatan otak, omega-3 juga membantu mengurangkan risiko sakit jantung serta membantu kestabilan tekanan darah, membantu kesihatan visual dan 'joints'.

Kenapa saya suka omega-3 shaklee?
- mestilah sebab ianya tiada pengawet, perasa dan pewarna tiruan.
- ianya dalam bentuk softgel, bukan bentuk cecair.
- ia melalui sekurang-kurangnya 3 peringkat molecular distillation, oleh kerana itu digelar        ultra pure fish oil supplement. 
- proses penyediaan yang terbaik melalui kaedah molecular distillation. Proses ini telah          
  menyingkirkan toksin merbahaya pada ikan seperti lead, mercury, arsenic dan lain-lain lagi. 

Lots of luv,
Mama Maryam
019-2631643 (msg/wassap)
SID 973001

SPEECH TIPS: 5

  

Ha! Di atas merupakan SPEECH TIPS kelima. Jadikan aktiviti anda bersama anak anda aktiviti yang menyeronokkan. Elakkan aktiviti 'peperiksaan', kerana ianya boleh mematikan kegembiraan anak-anak serta anda tentunya.

Bayangkan situasi ini:

Sikecil Ahmad berusia 3 tahun dan baru pandai menghasilkan 20 perkataan sedang membelek bukunya. Pada setiap helaian, si ayah bertanya, "Ini apa Ahmad?", " Ini pula?", " Ini Ahmad selalu nampak, apa dia?" serta pelbagai bentuk soalan lagi sambil ayah bertarung dengan Ahmad agar Ahmad tidak menyelak halaman seterusnya selagi belum menyebut nama gambar tersebut. Lama kelamaan Ahmad 'bengang' lalu berlari meninggalkan ayah dan mencari mainannya.

Bagi Ahmad, soalan-soalan yang diujarkan oleh ayahnya kelihatan mahu mengujinya walhal Ahmad belum lagi mempunyai kosa kata (vocabs) tersebut. Dia belum mampu untuk menjawab tetapi ayah berkeras untuk mendengar jawapannya. Lama-kelamaan Ahmad mengelak buku serta lari dari setiap soalan ayah. Ahmad tidak rasa gembira. 

Itulah sebabnya mama maryam nasihatkan kepada semua, elakkan bertanya soalan-menguji. Ia hanya akan mencipta suasana tension. Bila anak tension dan mula buat perangai, ibubapa lagilah tak tahan ye tak?.. huhu

Sebaiknya untuk Ahmad, si ayah namakan setiap gambar yang Ahmad masih belum tahu.. Ahmad pasti gembira :)


Sekian sahaja tips untuk hari ini..

Lots of luv,
Mama Maryam