Sekarang, anak anda sudah mula menghafal lagu yang anda ajar dia. Bila anda buka mulut untuk menyanyi, cepat sahaja lenggok badannya membuat aksi yang telah anda ajarkan.
Untuk langkah seterusnya;
Menyanyi dengan perlahan setiap perkataan sehingga ke perkataan terakhir rangkap atau perkataan terakhir ayat.
Berhenti seketika untuk 5-6 saat, tunggu reaksi anak anda dengan ekspresi muka seolah-olah anda sedang menyambung lagu.
>>> Anak anda pun mengeluarkan bunyi atau perkataan.
Anda mengulang perkataan tersebut dengan sebutan yang baik dengan membuat muka gembira dan teruskan menyanyi.
ATAU
>>> Anda menunggu 5-6 saat tetapi anak anda tetap tidak mengeluarkan apa-apa bunyi walaupun anda telah membuat mimik muka dan mulut seolah-olah sedang menyanyi dengan gembiranya
Tidak mengapa, tidak perlu bimbang.. :) Teruskan sahaja lagu itu. Anak anda perlukan lebih masa untuk belajar menyebut perkataan. Otaknya sedang memproses!
Apa tunggu lagi? Cubalah :)
Mahu mama Maryam tunjukkan contoh?. Boleh, tiada masalah. Mama akan kongsikan dalam post yang akan datang ye..
Lots of luv,
Mama Maryam
Alamak mama..
ReplyDeleteYang ni untuk anak.umo brapa ye?
Ke saya ada ketinggalan bahagian 1?
Hihi boleh tunjuk contoh tak? Anak saya baru setahun lebih dan dh mula ikut aksi sy masa menyanyi.jadi nak tau cara lebih efisien supaya dia lebih senang tangkap
ReplyDeleteayu abdullah, teknik ini sesuai untuk umur satu tahun ke atas, selagi anak belum boleh bercakap. Harap ianya dapat membantu :)
ReplyDeleteakmal haziqah, nanti saya tunjukkan contoh ya :)