Hari ini kita sambung perkembangan bahasa kanak-kanak yang berusia 2 tahun sehingga 4 tahun. Pada peringkat usia dua hingga empat ini, mulut anak-anak akan mula becok.. hihihi, betul tak?
Pada masa ini mereka menyerap apa sahaja perkataan yang mereka dengari dan kerapkali mereka bereksperimen dengan perkataan baru itu. Bila kita dengar, pasti kita terkejut dan tersengih bangga. Pada masa inilah sangat penting kita dedahkan anak-anak ini dengan perkataan dan penggunaan yang baik. Elakkan mengajar perkataan yang tidak baik untuk penggunaan yang tidak baik.
Di bawah, mama kongsikan gambarajah perkembangan bahasa kanak-kanak berusia 2 hingga 4 tahun.
Pada usia anak kita 2 hingga 4 tahun ini, bukan sahaja mereka bereksperimen dengan perkataan dan ayat, mereka turut bereksperimen dengan lontaran emosi, kesabaran ibubapa serta kebolehan mereka untuk menjadi 'raja'. Betul tak?
Oleh yang demikian, saya sangat menyarankan agar para ibubapa turut mendalami ilmu psikologi kanak-kanak, ilmu berinteraksi serta ilmu mendidik anak pada usia ini. Mereka perlu merasai belaian dan berasa diberi perhatian agar mereka dapat berkembang dalam suasana yang positif.
Sekiranya anda masih berasa anak anda belum boleh bercakap dengan pertuturan yang menyerupai pertuturan orang dewasa pada usia 4 tahun pada masa yang sama, anda juga mengalami kesukaran untuk memahami pertuturan anak anda, anda perlu segera membawanya berjumpa SLT. Jangan berlengah lagi!
|
Mama Maryam










