Sunday, 12 April 2015

Ajar Anak Bercakap: Saya Tiada Masa

Zaman ibubapa dengan anak kecil sekarang ini berbeza dengan zaman ketika atuk-nenek mereka dahulu mempunyai anak kecil ;).. agak jarang kita berjumpa dengan ibunya tidak bekerja sementelahan cabaran dan tuntutan duniawi yg perlu diselesaikan..

Tidak selalu kita 'working parents' mempunyai masa dengan anak kita.. dalam banyak-banyak masa yang ada pun, perlu juga dipenuhi tuntutan mengemas rumah serta menyedia makanan.. Akhirnya tanpa kita sedar, masa berkualiti anak kita tu hanya sedikit yang kita berjaya 'curi'..

Antara masa yang kita dan mereka, masa makan, masa mandi, masa tidur.. bagaimana kita boleh memanfaatkan masa ini? Gunakan ketida-tiga masa ini sepenuhnya untuk merangsang perkembangan bahasa mereka.. Carilah speech-therapist yg 'family-centered' untuk belajar lebih mengenai merangsang perkembangan bahasa dalam sela-sela masa yang kita ada.. :)


Lots of luv,

Mama Maryam

Thursday, 9 April 2015

Didik Anak: Memberi Ganjaran

Ini cerita lama, beberapa bulan yang lepas.
Cuti sekolah yang lepas, iaitu bulan Disember 2014..mama telah buat satu MoU dengan abang Solah.... MoU Kasut Bola, dia dah lama mengidam kasut bola :)

dan Alhamdulillah dia berjaya completekan task dia pada bulan Mac 2015 dan menerima kasut bola sebagai ganjarannya...


Salah satu cara yg baik untuk kita mendidik anak kita adalah dengan memberi ganjaran. Ganjaran yg 'tangible' and 'achievable' penting dan perlu digunakan lebih banyak berbanding punishment.

Mengambil ibrah dari panduan manusia hidup di muka bumi ini, manusia diberi pilihan 'syurga' dan 'neraka'.. Naaah, syurga itukan ganjaran yg paling best! :)

Lots of luv,
MamaMaryam